Saturday, 24 May 2008

Ketuanan Melayu siapa?

Tidak jelas dan kabur mengapa isu menghunus keris terbangkit dan menjadi isu untuk memohon maaf?
Mengapa?
Kenapa takut pada keris Melayu? Itu hanya lambang simbolik bagi Melayu dalam menunjukkan keperkasaan bangsanya.
Salahkah?
Mengapa harus memohon maaf jikalau keris pusaka Melayu dihunus pada orang Melayu dalam perhimpunan bangsa Melayu. Sehinggakan pemimipin Melayu sanggup memohon maaf dan membuang keris pusaka yang tiada apa kuasa di era ini. Pengecut! Baru ditegur, bukan dihunus diajak bertarung.. Andai tidak mampu bertarung pertahankanlah perilaku yang dah berlaku kerana kamu itu pemimpin Melayu. Memalukan..satu yang berperilaku begitu, andai semua pengecut, usah jadi pemimpin, usah bercakap pandai untuk bangsa dan agama.

Kenapa?
Bangsa Melayu tak akan hilang didunia tapi sedarlah hak-hak ketuanan Melayu jika tidak dilindungi akan hapus di muka dunia. Dilipat sejarah tanpa dibuka-buka. Melayu hanya akan megah dengan ketuanan barat yang keparat. Jangan jadi pengecut kalau jadi pemimpin..

Sukar untuk berbicara hal bangsa, sebab itu mesti dibicara soal agama yang bisa menyatukan seluruh bangsa. Mudahkan begitu? Namun, di Malaysia punyai banyak parti politik yang mewakili bangsa. Semestinya bangsa Melayu juga harus punyai parti untuk imbangi dan mewakili bangsa asal tanah Melayu dan memenangkan hak-hak Melayu dan Agama Islam di tanah air sendiri.
Ini hanya benak coret fikiranku kerana sayangkan agama, bangsa, dan tanah air ku.

No comments: