Salam,
Mimpi. Indah. Dua ayat yang tak sama tapi sejoli. Apabila ditapis-tapis mimpi maka jalan ceritanya tak lengkap dan saling bertelagah antara akal dan hati dalam menghidupkan kembali cerita mimpi yang tidak lengkap kerana diganggu oleh kejutan. Kejutan yang berbagai. Bercerita mengenai 'cerita' yang ditulis dalam apa jua medan bercerita(kertas,media elek dan sebagainya) memerlukan pemegang watak memimpikan penonton hingga ke mimpi si anak seni untuk mengindahkan mimpi si pemimpi yang mengimpikan cerita-cerita indah dalam lamunan mati sebentarnya. Perlu diingat mati sebentarnya itu hukum. Hukum dimana jika matinya sebentar maka dia akan bangkit dari mimpi itu. Sebangkit si pemimpi dari matinya maka diingini nalurinya untuk kembali mengingati cerita. Cerita tentang cerita yang dipentaskan dalam matinya. Mujur si pemimpi bangkit dari matinya. Andai tidak. Dia harus biarkan manusia-manusia yang menguruskannya bercerita sepuas-puasnya tentang mati dirinya. Tentang matinya yang tidak bangkit-bangkit lagi. Si pemimpi yang tidak bangkit-bangkit lagi jua tidak mampu menyebut 'tentang-tentang'. Si Pemimpi ingin tentang siapa?
Dia tidak upaya andai Malaikat Maut telah menarik nyawa pinjaman dari Tuhan Yang Esa. Semua ingin bercerita. Tapi bagaimana penyampaian yang si "semua" itu ingin gunakan untuk bercerita? Seperti Si pemimpi bercerita.
Dalam mimpi ada mimpi. Janggal tapi telus jika Si pemimpi itu alami.
Indah?
Terpulang pada pementasan yang tercipta dalam mimpi. Ada kalimat disebalik mimpi. Pernah kedegarankan?
Ada insan yang mampu untuk menafsir mimpi-mimpi Si pemimpi.
Dusta?
Tak tahu. Andai Si penafsir benar, benarlah. Andai Si penafsir dusta, dustalah.
Percaya?
Kena ambil tahu. Sebab Si pemimpi yang ketemu Si Penafsir samada untuk mendustakan diri sendiri atau mencari kebenaran yang tak pasti. Tapi..
Tuhan?
Kuasa Tuhan?
Syirik?
Apa kalau percaya pada mimpi, tiga persoalan diatas menoreh-noreh keringat otak? Memeras keringat kepercayaan?
Yang mampu dijawab Si Pemimpi hanyalah "Jika mimpi indahku menyenangkan seluruh lubuk jiwaku, aku biarkan pementasan itu terus dipentaskan. Jika mimpi indahku menjerih jiwaku, ku istigfar bermunajat pada Tuhanku..Sesungguhnya yang indah dan menjerih itu dipentaskan atas izinNya dan atas nama ujian kepada hambanNya..
Hidup, mati yang sebentar dan mati sebenar mati adalah dariNya..semuanya dariNya walaupun hanya secarik mimpi yang indah, dikhabarkan sebagai cerita-cerita Indah..
Tuhan itu indah..
Tuesday, 27 May 2008
Saturday, 24 May 2008
Ketuanan Melayu siapa?
Tidak jelas dan kabur mengapa isu menghunus keris terbangkit dan menjadi isu untuk memohon maaf?
Mengapa?
Kenapa takut pada keris Melayu? Itu hanya lambang simbolik bagi Melayu dalam menunjukkan keperkasaan bangsanya.
Salahkah?
Mengapa harus memohon maaf jikalau keris pusaka Melayu dihunus pada orang Melayu dalam perhimpunan bangsa Melayu. Sehinggakan pemimipin Melayu sanggup memohon maaf dan membuang keris pusaka yang tiada apa kuasa di era ini. Pengecut! Baru ditegur, bukan dihunus diajak bertarung.. Andai tidak mampu bertarung pertahankanlah perilaku yang dah berlaku kerana kamu itu pemimpin Melayu. Memalukan..satu yang berperilaku begitu, andai semua pengecut, usah jadi pemimpin, usah bercakap pandai untuk bangsa dan agama.
Kenapa?
Bangsa Melayu tak akan hilang didunia tapi sedarlah hak-hak ketuanan Melayu jika tidak dilindungi akan hapus di muka dunia. Dilipat sejarah tanpa dibuka-buka. Melayu hanya akan megah dengan ketuanan barat yang keparat. Jangan jadi pengecut kalau jadi pemimpin..
Sukar untuk berbicara hal bangsa, sebab itu mesti dibicara soal agama yang bisa menyatukan seluruh bangsa. Mudahkan begitu? Namun, di Malaysia punyai banyak parti politik yang mewakili bangsa. Semestinya bangsa Melayu juga harus punyai parti untuk imbangi dan mewakili bangsa asal tanah Melayu dan memenangkan hak-hak Melayu dan Agama Islam di tanah air sendiri.
Ini hanya benak coret fikiranku kerana sayangkan agama, bangsa, dan tanah air ku.

Siapa yang JUJUR?
salam buat semua,
Merungkai pertikaian dan perbalahan mulut pemimpin-pemimpin politik masa kini membuatkan kita rakyat Malaysia ternanti-nanti kesudahan cerita yang menakutkan ini. Kita sering mendengar perkataan 'JUJUR', tapi sejauh mana kita peka dan serius dalam mengotakan kata 'jujur' ini.
Siapa yang benar-benar jujur dalam mentadbir bumi tanah pusaka Melayu ini? Kita harus persoalkan kebenaran ini. Menjadi kebiasaan masyarakat kita membiasakan ketidakupayaan seseorang melunaskan kejujurannya.
Perkataan "biasalah tu.." sentiasa menjadi pendinding kepada mereka yang tidak berlaku jujur, dan manusia di sekelilingnya hanya mampu bersuara dan membantah untuk seketika sebelum 'kes' itu digegarkan semula oleh insan-insan yang menulis kalam di bermacam jenis kertas.
Kita boleh persoalkan kejujuran-kejujuran pemimpin kita dalam memperjuangkan hak-hak ketuanan Melayu. Tiada siapa boleh persoalkan hak-hak dan sejarah kebenaran ketuanan Melayu di Bumi Melayu ini. Kita yang hidup berbilang kaum harus memahami hak ini dan hidup dalam suasana saling menghormati.
Tumpuan yang ingin saya huraikan disini lebih kepada permasalahan Melayu yang ghairah tergoncang selepas rakyat di negara ini menggunakan kalam untuk menang.Bukan calang-calang senjata 4 tahun sekali ini apabila dihunus di kertas pemilihan. Nampak mudah, tapi silap menghunus bisa membuat bunuh,membuat derita,mencambah sengsara seandainya pemimpin perang mulut yang dipilih hilang kejujuran pada diri sendiri dan rakyat yang memilihnya.
Dalam apa jua jawatan, kepentingan dan segala aspek soal kehidupan, kejujuran adalah aspek utama yang harus dipegang seerat-eratnya dan jangan dilepas dibuai kemewahan milik rakyat yang bermatian bekerja untuk negara, agama dan anak bangsa sedangkan hak dan kepentingan yang menghunus kalam di kertas ini diabaikan. Maka terjadilah 'peralihan' yang memeningkan kepala.
Didalam satu parti yang mewakili sesebuah bangsa janganlah dibanjirkan dengan pujia-pujian yang melambung tinggi sahaja. Hulurkanlah sedikit manisan kritikan untuk memantapkan bangsa demi kepentingan dan kepercayaan bersama. Jangan katakan tidak ada angin pada pohon yang bergoyang kalau tiada yang mengoyangkanya.Jikalau pejuang-pejuang bangsa di era ini berbalahan mulut dan saling letak turun kepentingan diri dalam memperjuangkan nasib bangsa, yang menjadi mangsa pastilah bangsa dan agama itu sendiri.
Kejujuran itu penting. Betapa agama menekankan kejujuran dan ketulusan dalam segenap hal. Jikalau semua pejuang bangsa ini berjuang sejujur-jujurnya tanpa ada kepentingan peribadi, betapa makmur negara tercinta kita. Betapa kita akan melihat segala kepuasan hati sebagai rakyat. Jujur. Jangan membiasakan ketidakjujuran dengan alasan "biasalah","diapun sama", dan pelbagai alasan yang menhalalkan ketidakjujuran.
Semua harus jujur.

Subscribe to:
Posts (Atom)